Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

DEPRESI EKONOMI DUNIA 1929-1935: PERUBAHAN DASAR EKONOMI, HALA TUJU DAN INVOLUSI PERTANIAN DI PULAU JAWA

Berdasarkan sejarah, pada tahun 1929 telah terjadi krisis dunia dibidang ekonomi, dimana hal itu berdampak pada negara-negara penghasil bahan-bahan mentah, seperti jagung, beras, dan ubi-ubian, harga  komoditinya merosot drastis yang bersamaan dengan harga komoditi gula, getah, kopra dan lain sebagainya yang mengakibatkan mata pencaharian maupun penghasilan masyarakat berkurang di pasaran. Hal ini justru mengakibatkan merosotnya harga dari komoditi tetentu sehingga mngurangi penghasilan terutama mengenai upah buruh. Bagi ekonomi Di Indonesia, terutamanya Pulau Jawa dengan ekonomi eksportnya, kesan depresi ekonomi ini bukan saja mempengaruhi masyarakat dan kegiatan ekonomi di bandar tetapi turut memberi kesan kepada kehidupan petani di luar bandar. Sejarah depresi di indonesia telah dikaji pada masa  pemerintahan Hindia Belanda, namun kajian mengenai perubahan dasar ekonomi diabaikan.
Pulau Jawa dipilih sebagai kawasan kajian karena pulau ini merupakan pusat pentadbiran kolonial Belanda yang terletak di Batavia dan kini dikenali sebagai Jakarta. Dari segi penduduk, pulau ini juga menampung sebanyak dua per tiga dari jumlah seluruh penduduk Indonesia yang ketika itu berjumlah 60.7 juta sedangkan keluasannya pula merangkumi hanya satu per empat belas seluruh wilayah Indonesia. Depresi yang melanda pulau jawa telah mmberkan kejutan kepada jutaan orang yang menikmati masa-masa merosotnya ekonomi dunia yang bisa di bilang secara tiba-tiba itu. Buruh dan kuli menjadi penganggur dan mendapati diri mereka dibebani hutang yang memaksa mereka menggadai barangan berharga di pajak gadai.
Kaki tangan awam pula menghadapi pemotongan gaji dan pemberhentian kerja. Petani pemilik tanah yang berjinak-jinak dengan tanaman komersil dan ekonomi kapitalis terpaksa kembali kepada saradiri. Dalam waktu yang singkat kawasan tebu yang menjadi kebanggaan Pulau Jawa bertukar menjadi jelapang padi. Di mana-mana ramai yang berkeliaran mencari pekerjaan untuk sesuap nasi (Iskandar). Gejala kriminal dan pelanggaran undang-undang kian meningkat. Semua ini menyebabkan dasar pemerintah dalam bidang ekonomi mulai berubah.
Konsep Involusi Pertanian yang dikonsepsikan oleh Clifford Geertz mencoba mengaitkan dengan perubahan ekologi di Indonesia. Menurut Geertz, involusi pertanian dicirikan dengan jumlah produktiviti yang tidak meningkat. Yang dalam artian bahwa produktiviti hanya cukup untuk keperluan orang per orang dalam hal ini para pekerja, peningkatan hasil per hektar memang dicapai, tetapi hasil yang lebih tinggi ini hanya cukup untuk mempertahankan keperluan penyediaan makanan per orang. Oleh kerana ramainya orang melakukan sesuatu pekerjaan, maka keuntungan masing-masing sangat sedikit. Jelasnya involusi bermaksud produktiviti per tenaga kerja yang semakin menurun. Hal inilah yang terjadi keatas para petani padi di Pulau Jawa semasa depresi ekonomi ini.
Masalah pengairan dan bantuan untuk kebajikan seperti yang dibincangkan sebelum ini semakin berkurang akhirnya menjadi salah satu penyumbang kepada berlakunya involusi pertanian di Pulau Jawa, tanpa air yang mencukupi banyak tanah yang terbiar tidak dapat diusahakan. Malah kekurangan air merupakan salah satu sebab tanah yang telah dikembalikan tidak dapat dikerjakan secara maksimal. Dalam pada itu jumlah petani terus meningkat akibat pertambahan penduduk secara semulajadi serta pemberhentian berterusan buruh ladang tebu dan industri gula yang kembali bekerja di sawah padi akibat depresi. Disebabkan sesuatu keadaan pribumi di Pulau Jawa meninggalkan kerja tani untuk menjadi buruh tetapi akibat kemelesetan bekas buruh ladang dan kilang gula terpaksa mencari perlindungan melalui cara lama yakni pertanian sendiri.

Apabila jumlah penduduk yang luar biasa besarnya diserap ke sawah yang terlalu kecil memang terjadi peningkatan dalam pengeluaran per hektar, tetapi pertambahan tersebut hanya cukup untuk keperluan sendiri. Pola pertanian sawah dengan produktiviti per hektar memang meningkat tetapi produktiviti per tenaga kerja tidak demikian, karena sawah yang sama menampung jumlah pertambahan penduduk dan tenaga kerja yang tidak tertampung di sektor lain. Dengan demikian konsep involusi ini sebenarnya merupakan suatu pola perubahan secara teknikal di mana pengeluaran pertanian ditingkatkan dengan cara menambahkan kemasukan tanaga kerja ke setiap bidang sawah. Oleh kerana semakin ramai yang mengerjakannya maka pertambahan hasil tidak membawa apa-apa erti kepada pekerja yang terlibat. Hal ini bertepatan dengan apa yang dimaksudkan oleh Geertz bahawa involusi bermaksud produktiviti tenaga kerja yang semakin menurun.
KAJIAN SOSIAL
KAJIAN SOSIAL Assalamualaikum Wr. Wb Abd Rahman Asril, sudah ngeblog dari tahun 2015, dan saat ini mengajar di MTs. Negeri 1 Pohuwato, Gorontalo

Posting Komentar untuk "DEPRESI EKONOMI DUNIA 1929-1935: PERUBAHAN DASAR EKONOMI, HALA TUJU DAN INVOLUSI PERTANIAN DI PULAU JAWA"